Thursday 7 November 2013

Siapa kata Umat Islam tak boleh?

Assalamualaikum,semua sihat ke hari ni?Semoga hari ini akan jadi lebih baik dari semalam..Hari ini saya nak kongsikan tentang hasil saya selama setahun menyiapkan   Kajian Tindakan..Sebenarnya Allah yang mudahkan semua ni,Allah memberi peluang dekat saya menggunakan ilmunya untuk kebaikan  anak-anak murid saya.    
 Inilah hasil intervensi saya,Model Pop-Up & Movable Craft bagi Subjek PJ sewaktu sesi regangan..Idea ni datang dari seorang rakan baik saya,Cik Kasturi..Walaupun kami berbeza agama,tapi kami serasi.Thanks Kas.  Saya waktu SPM ambik reka Cipta,di IPG ambik subjek PJ.Ingatkan minat saya dalam bidang reka cipta tak dapat dikembang tapi rupanya hikmahnya disini..Dalam usrah selalu saya dengar kata- kata ni kelebihan seseorang akan lebih cemerlang bila dia dapat tarbiyah..Kelebihan tu tak hilang tapi jadi lebih baik kerana semua perkara adalah ibadah dengan niat kerana ALLAH...                                                                      

Friday 25 October 2013

Baru tersedar

Assalamualaikum,lama sangat saya tak update blog saya ni..Bukan lupa,tp sebenarnya sibuk dengan tugasan-tugasan belajar.Namun alhamdulillah,Allah tak biarkan diri ini meninggalkan kerja dakwah..Terima Kasih saudara Usrah group Bulatan Ohsem yang sentiasa bersama diri ini sewaktu senang dan susah.semoga kita  akan tetap dijalanNya.                                                                                                                                                                   Ya Allah boleh pulak lupa,sbnrnya nak cerita pasal ni..Tadi ada baca buku,tiba-tiba baca satu ayat ni..Sabda Rasulullah "Orang yang mengajar orang orang lain akan kebaikan,seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya."Ayat ni sebenarnya teringatkan sy sewaktu mula-mula nak pilih samada nak terus belajar dekat UPNM atau nak belajar dkt IPG..Untuk mendapat jawapan yg tepat,saya pun buat Solat Istikharah..Dengan mendapat nasihat bonda dan ayahanda,kaki melangkah ke IPG...Selama 5 tahun setengah dkt IPG,saya dah temui jawapan istikharah saya.Ayat tersebut merupakan motivasi untuk saya untuk menjadi guru yang Cemerlang bukan atas "title",tp guru yang cemerlang di Sisi Allah.InsyaAllah

Tuesday 11 June 2013

Nak Cantik Biar Berpada

Assalamualaikum, semoga semua pembaca sihat, insyaAllah. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya perolehi hasil dari rancangan televisyen iaitu yang bertajuk 'Cinta Ilmu' bersama Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail yang bertajuk 'Nak Cantik Biar Berpada'. Sememangnya Islam suka kepada kecantikan, tetapi Islam mementingkan kepada kesederhanaan ataupun dengan kata lain jangan inginkan cantik sehingga melanggar hukum yang Allah tetapkan. Fahamkan dahulu erti cantik secara berlebihan iaitu dapat mendorong keinginan syahwat orang lain terhadap kita yang berhias sangat ketara.

Terdapat beberapa persoalan yang mungkin menjadi kemusykilan buat segelintir daripada kita berkenaan isu kecantikan ini. Pertama ialah isu Contect Lens(Pelekap mata/ kanta mata). Apa hukum memakai Contect Lens ini. Tengoklah kepada tujuan sebenar memakai Contect Lens tersebut sama ada bertujuan untuk perubatan atau memakai sekadar untuk cantik sahaja. Sekiranya memakai Contect Lens hanya bertujuan untuk cantik, maka hukumnya haram tetapi sekiranya memakai Contect Lens bertjuan untuk perubatan iaitu membantu mata yang memerlukan bantuan alat lain maka ia dibolehkan. 

Persoalan yang kedua berkenaan hukum menyambung rambut (rambut palsu) walaupun untuk suami. Allah S.W.T melaknat memakai rambut palsu atau sesiapa yang menolong menyambung rambut tersebut walaupun bertujuan untuk suami atau disebabkan sakit. 

Kecantikan itu sangat subjektif. Biarlah dipandu oleh berpada-pada oleh hukum hakam yang ditetapkan oleh Islam. Kita harus bersyukur kerana Allah memberi kita kecantikan.

Ya Allah, setelah engkau cantikkan rupa parasku, cantikkan pula budi pekertiku.

Semoga perkongsian ini dapat dikongsi bersama dengan insan lain.Assalamualaikum.

Wednesday 29 May 2013

Takut Akan Allah S.W.T

Assalamualaikum, lamanya rasa saya tak menulis sesuatu...rasa banyak benda nk tulis, tp mungkin bukan izin Allah..tp hari ini Allah izinkan untuk jari yang dikurniakan ini menulis sesuatu untuk semua..mungkin apa yang ditulis ini akan sedikit sebanyak memberi manfaat buat saya sendiri dan semua khalifah di muka bumi ini..Dalam kesibukan kerja, Allah berikan ujian buat diri kerdil ini untuk sentiasa mencari Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T...Mungkin diawalnya saya lupa siapa diri ini sebenarnya, pelbagai persoalan bermain diminda...Apa salah aku?kenapa aku diduga macam ni?Kenapa aku rasa sunyi bila hilang seseorang?Apa patut aku buat?...Sebenarnya jawapan untuk setiap persoalan itu ialah Live is a journey, From Allah to Allah. Saya kena sedar bahawa apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya...Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambaNya sendiri..kita ini hamba, memang layak untuk diuji...kenapa nak rasa sunyi, Allah tu kan ada, sentiasa ada...Allah tak pernah tidur..Allah tau setiap kebenaran..Allah dah pesan, kalau sunyi cari teman..Siapa teman kita???Al-Quran la sayang..Dalam Al-Quran tersingkap pelbagai jawapan bagi setiap kemusykilan..Mungkin dulu saya rasa sedih sangat, tapi sekarang tidak lagi kerana hati ini telah dilekat dengan nama Allah...Allah segala-galanya...Allah dah bagi banyak benda dekat saya, dan Allah hanya minta saya taat pada Dia.. InsyaAllah...Syukur padaMu Ya Allah...Satu perkara lagi, bak kata hamba Allah ini "Kita berhak untuk pilih sahabat"...Apa pun yang telah berlaku, tidak akan ada sedikit rasa marah atau benci pada manusia kerna saya juga hamba..Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua hambaNya yang inginkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat...Amin...

Tuesday 22 January 2013

Usia Bumi Kita..

Assalamualaikum, baru-baru ini saya ada terbaca buku ensiklopedia milik  Sekolah Kebangsaan Seri Amar Diraja. Tertarik saya kepada salah satu tajuk yang terkandung dalam buku tersebut iaitu "USIA BUMI". 

Tahukah anda berapa usia bumi kita?

Menurut ilmuwan, bumi berusia sekitar 4.5 ribu juta tahun. Dalam Al-Quran dan Hadis tidak ada keterangan tentang usia bumi kerana wahyu tidak bertujuan untuk itu. Tetapi ada kisah metaforik ketika Nabi Muhammad s.a.w melakukan mikraj ke sidratulmuntaha. Baginda melihat seorang tua yang tidak bergigi, rambutnya banyak telah gugur, kulitnya kering, wajahnya berkedut-kedut. Orang tua itu berjalan dengan langkah yang berat. Lalu Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Jibrail, "Siapakah gerangan orang tua itu?". Jibrail menjawab, "Orang tua itu adalah perumpamaan bumi yang sangat tua usianya.

Maka dengan itu, saya ingatkan diri saya dan anda bahawa garaplah peluang yang diberi ini untuk melakukan amal kebaikan untuk dibawa bekalan ke akhirat kelak. Semoga kita berjumpa di Jannah...InsyaAllah..

Saturday 12 January 2013

Mendorong Pelajar dengan Teknik Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum w.b.t...alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...syukur kepada Allah, kerana Dia masih mengizinkan hambaNya ni untuk berkongsi ilmu dengan saudara saudari  yang sudi membaca blog saya ini. Hati ini tergerak untuk memberi sedikit perkongsian ilmu yang telah saya perolehi dan semoga ilmu ini juga dapat memberi manfaat kepada kita bersama. 

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk menghadiri majlis ilmu yang telah disampaikan oleh Puan Khairulaniza Khairudin yang mengupas tajuk 
"Mendorong Pelajar dengan Teknik Nabi Muhammad s.a.w
Terdapat beberapa teknik yang telah digunakan oleh rasul kita dalam mendidik umatnya dan dapat diaplikasikan oleh guru kepada para pelajarnya. 

1. Teknik Memuji


Aplikasi Hadith 'Pintu Langit Terbuka'


Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, "Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya, ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata, "Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." Dalam laporannya itu, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu." - Catatan peristiwa ini ada dalam rekod koleksi hadith-hadith autentik Muslim


Intipati hadith:
1. Apabila mendorong orang supaya mempertingkatkan prestasinya, berikan pujian kepada prestasinya yang baik, manakala prestasinya yang buruk didiamkan sahaja.
2. Apabila memberi pujian, pujian itu hendaklah diberikan kepada kerja yang dilakukan ataupun kepada hasil kerja bukan memuji orang yang melakukan kebaikan itu supaya tidak timbul rasa riak ataupun bangga kepada diri sendiri. 
3. Pujian hendaklah diberikan segera, tidak ditangguh-tangguhkan.Secara tidak langsung dapat meningkatkan 'penghargaan kendiri' pelajar.
4. Apabila kerja itu dilakukan secara terbuka maka pujian pun diberikan secara terbuka.

Aplikasi hadith:
1. Hadith ini adalah hadith motivasi bagi tujuan memperkukuhkan tingkah laku yang positif dan memadam tingkah laku negatif.
2. Dua tingkah laku positif yang diperkukuhkan dalam hadith ini adalah:
i. Datang ke masjid bagi solat berjemaah.
ii. Menggunakan daya kreativiti bagi menghasilkan idea yang baik.
3. Satu tingkah laku negatif yang dipadamkan adalah: Dia bercakap kuat di dalam masjid.
Cara memadam tingkah laku negatif adalah dengan mendiamkannya sahaja, yakni perbuatan tidak ditegur.
4. Apabila memuji bagi tujuan memperkukuhkan tingkah laku yang positif, tekniknya adalah:
i. Pilih satu perbuatannya yang baik.
ii. Puji kebagusan perbuatannya itu.
iii. Sebut impak daripada perbuatan tersebut.

Teguran buat guru-guru, marah merupakan salah satu daripada hukuman. Sekiranya guru merasa ingin marah atas tingkahlaku pelajar, ambil masa untuk diam. Sewaktu dalam keadaan diam itu, guru perlu menenangkan diri, mengawal rasa marah, berdoa, tidak menegur tetapi menerangkan kesalahan. 

2. Teknik tidak menyiasat. 

Guru perlulah mengamalkan teknik kedua ini iaitu tidak menyiasat. Sebagai contoh, terdapat seorang pelajar yang lewat masuk ke kelas. Guru tidaklah serta merta menyoal mengapa lewat?dan terus memberi hukuman kepada pelajar tersebut. 

3.  Teknik tidak menegur kesalahan pelajar. 

Sekiranya terdapat pelajar yang membuat kesalahan, guru tidak perlu menegur kesalahan tersebut, untuk mengelakkan dari memalukan pelajar tersebut tetapi guru perlu menerangkan kesalahan yang telah dilakukan dan turut sama menerangkan kesan ke atas kesalahan tersebut.

4. Guru tidak menghukum kesalahan pelajar

Analisis Hadith Psikologi: Romeo Bercumbu di Pinggir Kota


Pada suatu hari, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah lakukan semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang tuan mahukan.” Saidina Umar memarahi pemuda itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata Saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian pemuda itu pergi. Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggil pemuda itu supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepadanya ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa perbuatan-perbuatan buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.” – Hadith ini dipetik dari koleksi hadith-hadith autentik yang direkodkan oleh Abu Daud.

Intipati hadith:
1. Apabila ada kesalahan dilakukan, punca-punca kesalahan itu tidak disiasat.
2. Tidak bertanya “mengapa” kepada pesalah kerana jawapannya boleh menjatuhkan maruah pesalah.
3. Tumpukan kepada memberikan jalan penyelesaaian masalah.
Aplikasi hadith:
1. Hadith ini adalah hadith motivasi akhlak.
2. Teknik-teknik dalam hadith ini sesuai digunakan kepada orang yang pernah melakukan kesalahan akhlak, seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
3. Penggunaan teknik-teknik dalam hadith ini mempunyai kuasa mendorong orang yang pernah melakukan dosa supaya memberhentikan perbuatannya tanpa dia dihukum.
4. Prinsip yang paling penting dalam hadith ini adalah tidak menyiasat mengapa orang itu melakukan dosa-dosa yang pernah dilakukannya.
5. Teknik guru tutup mata kepada kesalahan, sebaliknya memuji kebaikan pelajar.
Kelaziman guru hanya nampak kepada kesalahan pelajar dan kurang nampak kepada kebaikan pelajar. 
Apabila menggunakan teknik nabi susuli tindakan dengan :
- Terangkan kesalahan
- Berikan jalan penyelesaian 
- Puji kebaikan. 
Saya mengharapkan kita sebagai bakal guru akan cuba memperbaiki kesilapan dan sekiranya kita sering merungut apabila mendapat kelas yang hujung, cubalah menggunakan teknik Nabi Muhammad s.a.w ini. Setakat ini sahaja perkongsian saya. Segala yang baik datangnya dari Allah.. Assalamualaikum.

Friday 28 September 2012

DOA KITA

Jika ditanya doa apakah yang biasa kita, nescaya ramai yang akan menjawab "Saya berdoa nak lulus exam", "Saya nak berjaya dalam hidup", " Kami berdoa agar kami dapat melanjutkan pelajaran ke universiti", " Saya berdoa agar dipanjangkan umur", " saya berdoa agar menjadi kaya" dan pelbagai lagi. Ini adalah antara ungkapan-ungkapan yang sering kita dengar apabila kita bertanya mengenai apa yang mereka doakan.

Ringkasnya, kebanyakan kita kerap kali atau lebih memberi perhatian kepada mendoakan kebaikan dalam urusan khidupan dunia ini. Sikap seperti ini perlu diperbetulkan sebagaimana firman Allah : Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata : "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia."(Orang-orang ini akan diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikit pun kebaikan di akhirat. {al-Baqarah 2:200}

Sikap yang benar ialah memberi perhatian yang sama rata di antara mendoakan kebaikan dunia dan akhirat, umpama berdoa "Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa ibu bapaku", "Ya Allah, bantulah aku agar sentiasa mensyukuriMu dan memperbaiki amal ibadahku kepada-Mu", "Ya Allah, golongkanlah aku dalam kalangan orang-orang yang kamu berikan rahmat dan keampunan".

Mendoakan urusan dunia dan akhirat selari dengan tunjuk ajar Allah di dalam al-Quran: Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata : 'Wahai Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab Neraka. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah maha cepat hitungan-Nya". (al-Baqarah 2:201-202)