Monday 21 November 2011

Iktibar bersama

Assalamualaikum,hari ini saya ingin berkongsi mengenai peristiwa apabila Nabi Ibrahim meminta kepada Allah supaya menunjukkan kepadanya bagaimana sesuatu yang mati itu dihidupkan. Maka Allah bertanya, apakah beliau tidak percaya? Lalu beliau menjawab, sudah tentu tetapi beliau hanya cuma mahu lebih memahami.
Maka Allah memerintahkan beliau supaya mengambil empat jenis burung iaitu merak, ayam jantan, merpati dan helang. Selepas itu, beliau perlu menyembelih keempat-empat ekor burung itu dan cincang dagingnya lalu diletakkan pada empat bukit yang berbeza. Kemudian beliau memanggil burung itu kesemuanya. Maka pada ketika itu Nabi Ibrahim menyaksikan bagaimana Allah menyatukan tulang belulang mereka lalu diselaputi dengang daging dan akhirnya diliputi oleh kulit dan ditumbuhkan bulu. Maka berterbanglah mereka ke arah Nabi Ibrahim.
     Drpd kisah itu, kita mendapat sekurang-kurangnya dua pengajaran. Pertamanya adalah berdasarkan kiasan empat ekor burung yang dicincang-cincang dagingnya itu. Ia membawa erti yang pada burung-burung itu terdapat sifat yang keji. Kita sebagai manusia perlu memelihara diri daripada sifat-sifat itu.
Contohnya, jika dirujuk pada burung merak, ia memiliki sifat sombong dan bangga diri disebabkan kecantikan bulunya yang berwarna-warni hingga menarik perhatian sesiapa yang melihat. Maka kita perlu menjauhi sifat sedemikian. Bagi sifat buruk ayam jantan pula adalah kegilaannya mengawan tanpa mengira masa dan tempat. Sikap buruk itu perlu kita hindari bersama. Seterusnya, burung merpati mempunyai sifat yang paling digemari di kalangan masyarakat sedunia iaitu malas. Sekiranya diperhatikan, burung ini adalah burung yang paling lewat mencelikkan mata pada waktu pagi sedangkan burung-burung yang lain sudah pun sibuk bekerja keras. Akhir sekali adalah keburukan sifat burung helang yang suka menyambar. Ini dapat dikiaskan dengan sikap sesetengah orang yang gemar mencuri termasuklah 'menyambar' kasut orang lain di masjid, meragut beg tangan, merampas harta bukan milik sendiri serta menculik orang bagi mengisi masa lapang.


Pengajaran kedua ialah dapat kita lihat sikap Nabi Ibrahim yang sudah beriman, namun masih berusaha memahami sesuatu dengan lebih mendalam lagi. Maka, terdapat suatu perbezaan yang ketara antara 'kepercayaan' dan 'kefahaman'. Ini bermaksud, percaya adalah suatu perkara dan faham adalah suatu perkara yang lain. Contohnya, apakah kita percaya kepada Al-Quran? Maka jelas jawapannya adalah ya. Tetapi, apakah kita memahami Al-Quran? Tentu sekali jwpn yang diberikan berbeza-beza daripada yang sebelumnya. Pendek kata, kita perlu berusaha secara beretrusan bagi mengkaji pembentangan kebenaran daripada Quran walaupun kita sudah beriman kepadanya.

Friday 18 November 2011

Salam Ukhuwah

Assalamualaikum W.B.T...Alhamdulillah,akhirnya saya dapat juga menghasilkan blog saya sendiri...saya baru nak berjinak-jinak dengan blog ni...saya mahu cuba sesuatu yang baru...saya rasa melalui blog ni,saya nk share ilmu yg saya ada dan sy juga nk dapat ilmu dari apa yang orang lain ada..saya juga tertarik pada kata-kata hikmah ni 'setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya'..Di sini saya juga nak share pengalaman saya menempuh hidup di dunia ni.Kehidupan di dunia adalah ladang bg akhirat,iaitu tempat menanam,menyemai,bekerja & berjuang.Di akhiratlah kita akan memetik hasilnya.Dunia hanya persinggahan & bukan pengakhiran sebuah perjalanan...Selain tu,saya juga nk share tentang 1 perkara ni..ilmu ni saya dpt dr kakak usrah sy,dia tnya didunia ni apa yang menjadi milik seseorang manusia 2??so,kami pn bagi la mcm2 jawapan..malangnya,jwpn kami x tepat langsung...jwpn kepada soalan td,ialah PILIHAN...kenapa pilihan???ini adalah kerana seseorang manusia itu sentiasa berdepan dgn pilihan...Allah memberi kita peluang untuk memilih...contoh,sedang menikmati cerita drama bersiri,azan berkumandang..ketika saat tu, kita boleh memilih samaada untuk solat tepat pada masanya, 15 minit lewat ataupun terus meninggalkannya...i2 semua pilihan,terpulang kepada seseorang itu untuk memilih perkara yang baik ataupun buruk..bergantung kepada pilihan yang dibuat..Maka dengan itu, dapatlah saya simpulkan bahawa di dunia ni kita yang menentukan jawapan kita untuk masa hadapan..so,pilihlah jalan yang lurus untuk kita sama2 menikmati kejayaan dunia dan akhirat.