Friday 30 December 2011

HIDAYAH Langkah Pertama kepada Allah?

Seorang lelaki ditutup kedua-dua matanya, lalu dilepaskan berjalan. Langkahnya begitu payah, tangannya teraba-raba, dirinya bingung ke mana hala tuju yang harus dilalui. Di sekelilingnya pula penuh onak, duri, kaca serta gaung yangdalam. Apabila dia terus berjalan, kakinya terhiris kaca tajam, onak menusuk sehingga ke tulang dan hayunan langkahnya membawa  ke pinggir gaung. Perjalanan itu menghadiahkannya kesakitan yang sangat dalam. Dalam kesakitan itu, dia pasti menangis dan pastinya mengharap penutup matanya dibuka. Dia merayu agar dirinya dapat keluar dari kegelapan yang merensakan ke jalan yang selamat. Dia mengharapkan petunjuk! Dengan cahaya petunjuk sahajalah dia mampu bebas daripada kesusahan ini.

Erti hidayah?
Hidayah  daripada perkataan bahasa Arab yang berasal daripada kata dasar hadaa, yahdi, hidayatan. Ia beerti 'petunjuk'. Hidayah ataupun petunjuk adalah sesuatu yang datangnya dari Allah.

Kedudukan hidayah di sisi Allah?
Di antara nama-nama Allah S.W.T adalah al-Hadi yang bermaksud Yang Maha Memberi Petunjuk. Hanya Allah yang boleh memberi petunjuk atau hidayah kepada seseorang itu. Dalam al-Quran, Allah menyebut: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada siapa yang engkau sayangi tetapi Allah jualah yang memberihidayah kepada siapa yang Dia kehendaki."
(Al-Qasas:56)

Persoalan hidayah sangat penting bagi seorang insan?
Kepentingan hidayah dapat difahami apabila kita melihat kepada keseluruhan erti Islam itu sendiri. Islam adalah sebuah diinun, dan disebut sebagai 'jalan yang lurus'. jalan yang lurus bererti satu cara hidup yang selamat, sejahtera dan cemerlang. Ia lurus kerana membawa terus kepada keredhaan Allah sehingga ke syurga dan hidup kekal abadi di sana. Namun untuk dapat berada di atas jalan yang lurus ini, ia sukar kerana begitu banyak jalan lain yang dianggap sebagai cara dan gaya hidup yang diikuti oleh manusia.
 Allah berfirman: "Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah ia, dan jangan kamu ikut jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu memesongkan kamu dari jalan-Nya." (Al-An'am:153)
Hakikatnya, jalan-jalan lain itu bengkok kerana ia menyimpang dari jalan Allah yakni agama Islam. Hidayah atau petunjuk daripada Allah merupakan langkah pertama bagi melalui kehidupan beragama. Tanpa hidayah, jangan sebut soal lain dalam agama ini.

Wajib meminta hidayah atau hanya menunggu dikurniakan oleh Allah?
Solat dari segi bahasa beerti 'doa' atau 'meminta'. Solat merupakan rukun islam dan dianggap sebagai tiang agama. Solat adalah juga munajat iaitu bisikan seorang hamba kepada khaliknya. Di dalam solat, seorang hamba meminta dan menyatakan permohonannya kepada Allah. Di dalam begitu banyak permohonan yang kita pinta semasa solat, ada satu permintaan yang diwajibkan Allah kepada hamba-Nya. Ia tersenarai sebagai rukun solat, ia wajib dibaca agar solat itu sah dan sempurna. Perkara itu adalah bacaan surah al-Fatihah. Dalam ayat yang keenam dalam surah Al-Fatihah terkandung satu-satunya doa yang berbunyi :"Tunjukilah kami jalan yang lurus."Ini beerti, memohon agar diberi petunjuk oleh Allah adalah wajib.

Monday 26 December 2011

Menggunakan Telefon pun ada adabnya.

Q: Apakah dlm Islam juga ada adab semasa menggunakan telefon?

Dalam Islam, setiap perkara ada adabnya. Ramai yg sering terlepas pandang berkenaan adab ketika menggunakan telefon. Perkara ini mungkin kecil tetapi sgt besar nilai adabnya di dalam Islam. Antaranya ialah:

1. Apabila kita ingin memulakan perbualan dgn seseorang di dlm telefon, sepatutnya kita memulakan dgn memberi ucapan salam spt "Assalamualaikum", bukannya dgn mengucapkan "Hello", "Selamat Pagi"dan "Selamat Petang".

2. Jika kita menelefon seseorang, jgnlah kita membiarkan deringan terlalu lama .. Seandainya org yg kita hubungi tdak menjawab panggilan pd kali pertama, maka jika kita ingin menelefonnya buat kali yg kedua, biarkan selang masa antara deringan pertama dan kedua itu sekira-kira waktu mengerjakan solat empat rakaat, iaitu lebih kurang 5-10 minit.

3. Kita perlu menganggap bahawa mungkin org yg kita hubungi sedang menunaikan solat atau sedang bersiap-siap untuk solat & plbg urusan lain. Jika pdkali yg ke 3 kita menelefonnya dia ttp tidak menjawab panggilan, maka tidak perlulah bagi kita untuk terus-menerus menelefonnya.Hal ini kerana, deringan telefon boleh dianggap seperti ketukan pd pintu rumah seseorang. Jika kita telah mengetuk pintu dgn memberi salam atau membunyikan loceng, tetapi tuan rumah tidak menjawabnya, maka setelah selesai 3 kali ketukan, diwajibkan bg seseorang untuk balik dan tidak lagi meneruskan ketukan yg keempat. Begitulah hukum berkaitan dgn penggunaan telefon.

Saya mengharapkan sesiapa yg membaca info ini agar turut menyebarkan ilmu ini kpd org lain.

Tuesday 6 December 2011

Ikhlas Dalam Beramal

Assalamualaikum buat teman-teman sekalian,erm...sudah lamanya sy tidak berkongsi ilmu bersama teman-teman sekalian...hari ni, sy ingin berkongsi sedikit perkara bersama teman-teman mungkin sebagai peringatan buat diri sy sendiri juga..Kata pepatah, manusia itu rambut sama hitam tapi hatinya lain-lain. Memang benar kata-kata ini kerana manusia ini banyak keinginannya. Ada yang berbuat sesuatu perkara kerana mengharapkan imbuhan berbentuk wang ringgit dan puji-pujian.
Dan ada yang melakukan sesuatu perkara baik tetapi lebih selesa orang lain tidak mengetahuinya. Inilah insan yang dipanggil ikhlas dalam amalannya. Segala yang dilakukannya hanya kerana Allah. Sebagai contoh, seseorang yang memberi sedekah kepada fakir miskin tanpa pengetahuan orang lain. Niatnya hanya ikhlas kerana Allah...Sememangnya kita tahu bahawa syaitan tidak prnh jemu untuk merosakkan manusia kerana janjinya pada Allah..Maka dengan itu, semua perkara yang kita lakukan haruslah ikhlas dgn semata-mata kerana Allah. InsyaAllah, ganjaran lebih besar yang akn diperolehi di akhirat kelak.
Sifat riak dan munafik ini juga sering diingatkan Rasulullah s.a.w kepada umatnya sprtimana hadisnya yang bermaksud "Barangsiapa beramal kerana ingin dilihat orang,maka Allah akan membuka aibnya(pada hari kiamat) "..-Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim