Friday 22 June 2012

Pendakian di Bukit Malau

Assalamualaikum W.B.T...Bersyukur saya kerana masih berkesempatan menggunakan jari-jari kurniaan Allah ini untuk menterjemahkan apa yang bermain di kotak fikiran melalui penulisan. Semoga Allah S.W.T terus memberi ilham kepada saya untuk mengajak rakan-rakan yang lain bersama-sama dalam membuat kebaikan. Tidak cukup seseorang itu hanya ingin menjadikan dirinya baik dan meninggalkan orang lain yang terus melakukan kemungkaran. 

Belum Cuba Belum Tau, So Cuba dulu untuk tau...
Saya ingin berkongsi cerita mengenai pendakian saya bersama dengan warga Paragon ke Bukit Malau. Sudah lama rasanya kaki ini tidak membuat aktiviti lasak bersama-sama namun dengan izin Allah saya dan rakan-rakan menjejakkan kaki ke Bukit Malau. Langkah dimulakan dengan Bismillah dan memohon agar perjalanan pergi dan balik kami selamat, memohon agar Allah mempermudahkan urusan kami. Tepat jam 8 suku, pendakian kami ke Bukit Malau dimulakan. Akar yang kecil mampu menampung berat kami ketika kami memaut akar tersebut. Kami memohon pertolongannya. Hebatkan Kekuasaan Allah. Setiap benda yang diciptakannya pasti ada fungsi tertentu dan setiap benda yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. 

Dalam Surah Al-Hijr dari ayat 15-19, Allah berfirman : Dia menciptakan sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk dan Dia menciptakan tanda-tanda sebagai petunjuk. Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan apa-apa?. Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran. Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan. Sesungguhnya firman ini membuka mata saya bahawa nikmat yang Allah beri kepada kita terlalu banyak. Mengapa kita masih ingkar pada perintahNya? Adakah benar kata Dr Mahathir bahawa "Melayu itu mudah lupa"? Di sini, saya ingin mengajak diri saya sendiri dan sesiapa sahaja yang sudi membaca coretan ini supaya bersyukur dengan nikmat Allah. Nikmat Allah terlalu luas. Kita bermohon kepada Allah supaya sentiasa menjadikan kita hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Selagi kita masih hidup di dunia ini, selagi itu pintu taubat terbuka luas dan hanya orang yang bijaksana yang mampu menggapai peluang tersebut. Semoga kita tergolong dalam manusia yang bersyukur. 

Kaki terus melangkah dengan meniti jalan yang pelbagai liku, jalan berbatu, curam, dan berbagai laluan sempat kami tempuhi. Selain melihat Kekuasaan Allah, ukhuwah fillah turut terjalin. Semangat bekerjasama memang sikap warga Paragon. Tidak mementingkan diri sendiri adalah akhlak yang terpuji. Alhamdulillah, warga Paragon ada ciri-ciri tersebut. Walaupun kebanyakan dari warga Paragon yang berbagai kerenah dan gemar menyakat dan bergurau senda, sebenarnya itu yang menguatkan ikatan kami. Tidak ada perasaan marah sedikitpun jika salah seorang dari kami membuat kesilapan kerana ikatan yang terjalin adalah dengan izin Allah. Semoga Allah memelihara ikatan ini hingga ke SYURGA. 

Setelah dua jam pendakian dijalankan, alhamdulillah kami sampai ke tempat asal kami berkumpul semula dengan selamat. Bait-bait kata pak cik yang kami jumpa di akhir pertemuan, beliau telah memberi pesanan agar kami tidak lagi mendaki pada waktu pagi dan dalam kelompok yang kecil. Beliau menyarankan kami mendaki pada waktu petang jika ingin membuat pendakian lagi. Terima Kasih kepada pak cik tersebut kerana memberi nasihat kepada kami. Allah telah menggerakkan hati pak cik tersebut untuk memberi pesanan kepada kami dan saya yakin setiap pertemuan pasti ada hikmahnya.


Senyuman dari Warga Paragon

Dengan itu, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini. Semua yang baik hanyalah dari Allah dan yang buruk itu adalah dari hamba Allah yang hina ini. Assalamualaikum. 

Monday 18 June 2012

Air Yang Perlu Diminum

Assalamualaikum W.B.T

Isu jerebu yang kini dialami oleh kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia amat membimbangkan kita semua. Kini, negeri Selangor merakamkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) yang amat tinggi, khususnya di kawasan berhampiran Kuala Selangor (97) dan Nilai, Negeri Sembilan (98). Kesan daripada jerebu ini menyebabkan kesihatan rakyat Malaysia terjejas. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan kita agar terhindar dari sebarang penyakit. Teringat saya pada sepotong kata-kata hikmah ini "Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, seperti mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dilihat oleh orang yang sakit" . 

Maka dengan itu, antara salah satu cara untuk memastikan badan kita sihat adalah dengan meminum air. Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Mana satu yang betul?

Baru-baru ini Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi kita dinasihatkan supaya mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik. 

Pertama, kita perlu meminum air berulang kali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas pada waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya. 

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang. 




 Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperoleh bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel.

Amalkan doa ini :

Doa Dilimpahkan Kesihatan ~>
Maksudnya:
Ya Allah sihatkanlah badanku, Ya Allah sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah sihatkanlah penglihatanku.

Sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya berkongsi sedikit mengenai sahabat saya iaitu  Alif di mana baru-baru ini beliau mendapat ujian Allah,  beliau disahkan menghidapi penyakit kencing tikus. Alhamdulillah, beliau sudah keluar daripada hospital dan mendapat jagaan kedua ibu bapa sekarang dirumahnya..Sesunguhnya kekuasaan itu hanya milik Allah. Kita juga milik Allah, orang yang kita sayang juga milik Allah dan semuanya akan kembali kepada yang satu apabila tiba masanya. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatanNya. Amin..

Assalamualaikum

Sunday 10 June 2012

Fadhilat Sujud

Assalamualaikum...sudah lama blog ini menyepi tanpa sebarang khabar...hari ini tergerak hati ini untuk berkongsi sedikit mengenai fadhilat sujud..sesungguhnya sembahyang itu tiang agama...Sembahyang ini banyak kelebihannya. kenapa dalam sembahyang kita perlu rukuk dan sujud? Selain merendah diri kepada Allah, daripada sudut kesihatan, rukuk dapat membetulkan tulang belakang dan menyihatkan pinggang dan buah pinggang. Semasa sujud, semua darah berkumpul di kepala. Ini membekalkan oksigen yang maksimum kepada otak kita...Oksigen adalah makanan otak.


Kadang-kadang kita tidak terfikir apa yang terjadi dekat kita adalah fadhilat solat yang kita dirikan. Terdapat sebuah cerita di mana seorang mak cik ini amat suka berdoa masa sujud yang terakhir. Jadi, sujudnya lama. Suatu hari, dia pergi ke klinik bagi membuat pemeriksaan. Sekadar membuat pemeriksaan sahaja bagi seorang wanita. Doktor terkejut. Doktor kata, rahim mak cik masih tinggi macam rahim wanita belum pernah bersalin. Pada hal mak cik itu sudah lewat 40 an-anak enam lagi. Pernah lahirkan anak kembar. Rahim adalah anggota yang sangat berharga bagi seorang wanita. Ini adalah kelebihan sujud yang lama. Masa sujud, graviti menarik rahim ke atas. Urut pun tidak mengekalkan rahim pada kedudukan yang tinggi.