Friday 28 September 2012

DOA KITA

Jika ditanya doa apakah yang biasa kita, nescaya ramai yang akan menjawab "Saya berdoa nak lulus exam", "Saya nak berjaya dalam hidup", " Kami berdoa agar kami dapat melanjutkan pelajaran ke universiti", " Saya berdoa agar dipanjangkan umur", " saya berdoa agar menjadi kaya" dan pelbagai lagi. Ini adalah antara ungkapan-ungkapan yang sering kita dengar apabila kita bertanya mengenai apa yang mereka doakan.

Ringkasnya, kebanyakan kita kerap kali atau lebih memberi perhatian kepada mendoakan kebaikan dalam urusan khidupan dunia ini. Sikap seperti ini perlu diperbetulkan sebagaimana firman Allah : Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata : "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia."(Orang-orang ini akan diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikit pun kebaikan di akhirat. {al-Baqarah 2:200}

Sikap yang benar ialah memberi perhatian yang sama rata di antara mendoakan kebaikan dunia dan akhirat, umpama berdoa "Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa ibu bapaku", "Ya Allah, bantulah aku agar sentiasa mensyukuriMu dan memperbaiki amal ibadahku kepada-Mu", "Ya Allah, golongkanlah aku dalam kalangan orang-orang yang kamu berikan rahmat dan keampunan".

Mendoakan urusan dunia dan akhirat selari dengan tunjuk ajar Allah di dalam al-Quran: Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata : 'Wahai Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab Neraka. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah maha cepat hitungan-Nya". (al-Baqarah 2:201-202)


Wednesday 5 September 2012

Doa adalah Ibadat.


BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan
ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak,
pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap
doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi
harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh
kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.

Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah
yang hanya Allah Maha Mengetahui.

Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap
mustahil oleh manusia.

Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan
kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik
daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki,
kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah
Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik
sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu
menjangkau hakikat sesuatu.

Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan
menimpa.
Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana
kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali
berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus
asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan
sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

====================================================================================
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -