Thursday 1 March 2012

PeRmAiNaN TrAdIsIoNal (UKHUWAH)

Assalamualaikum w.b.t


Saya ingin sekali berkongsi cerita berkenaan ukhuwah...Semalam, saya dan semua pelajar yang mengambil subjek PJM 3102 menjalankan tugasan Permainan Tradisional. Alhamdulillah, kami selesai menjalankan amanah yang diberi bukan sekadar untuk mendapat markah tetapi turut menjalankan ibadah kerana Allah... 


Tugasan ini banyak memberi kami erti sebenar kerjasama, tolong menolong antara satu sama lain, bersifat toleransi dan yang paling penting adalah amanah yang dipertanggungjawabkan.. Sebenarnya aturan Allah itu hebat, melalui tugasan ini Dia inginkan ukhuwah itu terjalin.. Rasa sayang terhadap antara satu sama lain dan merasakan bahawa kita tidak akan mampu berdiri sendiri tanpa orang lain yang turut sama membantu kita. Mungkin sebelum ini, kami tidak mengenali 'junior' kami tapi kini walaupun tidak tahu semuanya tapi sekurang-kurangnya mampu mengukir senyuman apabila 'senior' dan 'junior' bertemu. Syukur kerana Allah S.W.T melancarkan majlis tersebut dan semoga Allah memberkati majlis tersebut. 


Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyyah kita dengan pelbagai ujian,
Namun tautan UKHUWAH mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan, alirkan halawatul ukhuwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati....Wassalam..


No comments:

Post a Comment