Tuesday 11 June 2013

Nak Cantik Biar Berpada

Assalamualaikum, semoga semua pembaca sihat, insyaAllah. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya perolehi hasil dari rancangan televisyen iaitu yang bertajuk 'Cinta Ilmu' bersama Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail yang bertajuk 'Nak Cantik Biar Berpada'. Sememangnya Islam suka kepada kecantikan, tetapi Islam mementingkan kepada kesederhanaan ataupun dengan kata lain jangan inginkan cantik sehingga melanggar hukum yang Allah tetapkan. Fahamkan dahulu erti cantik secara berlebihan iaitu dapat mendorong keinginan syahwat orang lain terhadap kita yang berhias sangat ketara.

Terdapat beberapa persoalan yang mungkin menjadi kemusykilan buat segelintir daripada kita berkenaan isu kecantikan ini. Pertama ialah isu Contect Lens(Pelekap mata/ kanta mata). Apa hukum memakai Contect Lens ini. Tengoklah kepada tujuan sebenar memakai Contect Lens tersebut sama ada bertujuan untuk perubatan atau memakai sekadar untuk cantik sahaja. Sekiranya memakai Contect Lens hanya bertujuan untuk cantik, maka hukumnya haram tetapi sekiranya memakai Contect Lens bertjuan untuk perubatan iaitu membantu mata yang memerlukan bantuan alat lain maka ia dibolehkan. 

Persoalan yang kedua berkenaan hukum menyambung rambut (rambut palsu) walaupun untuk suami. Allah S.W.T melaknat memakai rambut palsu atau sesiapa yang menolong menyambung rambut tersebut walaupun bertujuan untuk suami atau disebabkan sakit. 

Kecantikan itu sangat subjektif. Biarlah dipandu oleh berpada-pada oleh hukum hakam yang ditetapkan oleh Islam. Kita harus bersyukur kerana Allah memberi kita kecantikan.

Ya Allah, setelah engkau cantikkan rupa parasku, cantikkan pula budi pekertiku.

Semoga perkongsian ini dapat dikongsi bersama dengan insan lain.Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment