Monday 21 November 2011

Iktibar bersama

Assalamualaikum,hari ini saya ingin berkongsi mengenai peristiwa apabila Nabi Ibrahim meminta kepada Allah supaya menunjukkan kepadanya bagaimana sesuatu yang mati itu dihidupkan. Maka Allah bertanya, apakah beliau tidak percaya? Lalu beliau menjawab, sudah tentu tetapi beliau hanya cuma mahu lebih memahami.
Maka Allah memerintahkan beliau supaya mengambil empat jenis burung iaitu merak, ayam jantan, merpati dan helang. Selepas itu, beliau perlu menyembelih keempat-empat ekor burung itu dan cincang dagingnya lalu diletakkan pada empat bukit yang berbeza. Kemudian beliau memanggil burung itu kesemuanya. Maka pada ketika itu Nabi Ibrahim menyaksikan bagaimana Allah menyatukan tulang belulang mereka lalu diselaputi dengang daging dan akhirnya diliputi oleh kulit dan ditumbuhkan bulu. Maka berterbanglah mereka ke arah Nabi Ibrahim.
     Drpd kisah itu, kita mendapat sekurang-kurangnya dua pengajaran. Pertamanya adalah berdasarkan kiasan empat ekor burung yang dicincang-cincang dagingnya itu. Ia membawa erti yang pada burung-burung itu terdapat sifat yang keji. Kita sebagai manusia perlu memelihara diri daripada sifat-sifat itu.
Contohnya, jika dirujuk pada burung merak, ia memiliki sifat sombong dan bangga diri disebabkan kecantikan bulunya yang berwarna-warni hingga menarik perhatian sesiapa yang melihat. Maka kita perlu menjauhi sifat sedemikian. Bagi sifat buruk ayam jantan pula adalah kegilaannya mengawan tanpa mengira masa dan tempat. Sikap buruk itu perlu kita hindari bersama. Seterusnya, burung merpati mempunyai sifat yang paling digemari di kalangan masyarakat sedunia iaitu malas. Sekiranya diperhatikan, burung ini adalah burung yang paling lewat mencelikkan mata pada waktu pagi sedangkan burung-burung yang lain sudah pun sibuk bekerja keras. Akhir sekali adalah keburukan sifat burung helang yang suka menyambar. Ini dapat dikiaskan dengan sikap sesetengah orang yang gemar mencuri termasuklah 'menyambar' kasut orang lain di masjid, meragut beg tangan, merampas harta bukan milik sendiri serta menculik orang bagi mengisi masa lapang.


Pengajaran kedua ialah dapat kita lihat sikap Nabi Ibrahim yang sudah beriman, namun masih berusaha memahami sesuatu dengan lebih mendalam lagi. Maka, terdapat suatu perbezaan yang ketara antara 'kepercayaan' dan 'kefahaman'. Ini bermaksud, percaya adalah suatu perkara dan faham adalah suatu perkara yang lain. Contohnya, apakah kita percaya kepada Al-Quran? Maka jelas jawapannya adalah ya. Tetapi, apakah kita memahami Al-Quran? Tentu sekali jwpn yang diberikan berbeza-beza daripada yang sebelumnya. Pendek kata, kita perlu berusaha secara beretrusan bagi mengkaji pembentangan kebenaran daripada Quran walaupun kita sudah beriman kepadanya.

No comments:

Post a Comment