Sunday 11 March 2012

Praktikum oh Praktikum!!!!

Assalamualaikum w.b.t....alhamdulillah assignment dah banyak hantar,memang Allah uji ana dengan masa. Assignment lebih penting ke usrah lebih penting????dalam dilema ana dibuatnya tetapi syukurlah yang ana pilih usrah akhirnya..Terima kasih buat sahabat tersayang kerana dengan kekuatan hatinya turut membuatkan ana turut kuat menjalankan tanggungjawab ana sebagai muslim.Hatinya turut menarik hatiku. Syukur alhamdulillah...Tapi sememangnya ada hikmah disebalik semua ni,Allah ingin memberi pengajaran buat diriku supaya lebih bijak mengurus masa..Muslim yang sejati akan bijak mengurus masanya kerana dia lebih tahu yang mana perlu diutamakan..
Ana agak rungsing kebelakangan ni kerana ana akan hadapi praktikum yang pertama. Kenapa ana nak rungsing kan???kawan-kawan juga merupakan salah satu bentuk ujian.Terdapat segelintir daripada mereka menakut-nakutkan ana..Antara ayat mereka "Ko dapat pensyarah tu?katanya..."Aku dengar,pensyarah tu cerewet,ini salah itu salah,ini tak boleh, itu tak boleh, habisla ko"...Sedikit pun ana tak rasa marah, walaupun ana tau ana perlu bijak tangani masalah ni...Dan jawapan daripada ana buat sahabat tersebut ialah "Tak pe la, aku manusia dia juga manusia,aku hanya takut pada yang satu...Mungkin,ana boleh belajar banyak dari dia..InsyaAllah...Pengajaran yang ana dapat ialah sentiasa berfikiran positif,tangani masalah dengan bijak..jangan cepat melatah...Allah ada bersama hambaNya...InsyaAllah, ana akan buat yang terbaik dan yang paling utama anak-anak murid ana dapat ilmu yang ana sampaikan..InsyaAllah...

kata-kata ini ana nak kirimkan buat teman yang tersayang

Percaya diri ini, Allah akan tetap bersama kita,denganNya dia terpaut dan denganNya jua kita kembali...InsyaAllah,amanah yang diberi akan diikat dengan janji..

2 comments: