Saturday 21 April 2012

PULUN EXAM!!

Assalamualaikum.......

Perkongsian untuk kali ini adalah mengenai EXAM!! Takutkan dengar perkataan ni...Dah mula rasa pening, stress pun ada..rasa nak demam dan macam-macam penyakit nak datang la. Tetiba terkeluar perkataan ni, "Nak exam dah?? Ya Allah cepatnye masa berlalu"...."Rasa macam baru je masuk semester 5 ni tapi dah nak exam dah rupa-rupanya. Kena pulun ni"...Relax...relax...jangan gelabah...



Mari kita renung satu firman Allah S.W.T dalam surah Al-'Ashr :
'Demi masa! Sesungguhnya manusia itu sememangnya dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh (baik) dan berpesan-pesan dengan yang hak(benar) dan berpesan-pesan dengan sabar (teguh hati)'. 

Allah S.W.T telah bersumpah dengan waktu lantaran terlalu banyak pengajaran boleh diambil daripadanya. Tidakkah kamu melihat di dalam waktu itu ada senang dan susah, bahagia dan derita, sakit dan sihat, takut dan aman. Allah telah memberi kita masa yang sama, semua manusia mendapat 24 jam sehari, tidak ada seorang pun yang mendapat 25 jam sehari. Maka dengan itu, hargai masa anda. Peluang yang Allah beri perlu digapai dengan sebaik mungkin. Oleh itu, mulalah 'study' dari sekarang. Pedulikan orang lain nak kata "awalnya study ko ni, relax la! lambat lagi la nak exam". Berpegang pada firman Allah tu ye. Kita tak tahu apa akan jadi pada esok hari, masih sihat lagi ke kita..

Oleh itu, saya nak berpesan kepada diri saya sendiri serta saudara-saudara seagama saya semoga kita sama-sama mengulang kaji dari sekarang. Di samping itu, jangan pula kita lupa pada tanggungjawab utama kita iaitu beribadah kepada Allah. Apa yang kita lakukan hanya semata-mata kerana Allah. Mohon keberkatannya...

  
" Penolongku ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya jua aku berserah dan Dialah yang memelihara Arasy yang besar."

No comments:

Post a Comment