Monday 18 June 2012

Air Yang Perlu Diminum

Assalamualaikum W.B.T

Isu jerebu yang kini dialami oleh kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia amat membimbangkan kita semua. Kini, negeri Selangor merakamkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) yang amat tinggi, khususnya di kawasan berhampiran Kuala Selangor (97) dan Nilai, Negeri Sembilan (98). Kesan daripada jerebu ini menyebabkan kesihatan rakyat Malaysia terjejas. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan kita agar terhindar dari sebarang penyakit. Teringat saya pada sepotong kata-kata hikmah ini "Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, seperti mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dilihat oleh orang yang sakit" . 

Maka dengan itu, antara salah satu cara untuk memastikan badan kita sihat adalah dengan meminum air. Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Mana satu yang betul?

Baru-baru ini Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi kita dinasihatkan supaya mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik. 

Pertama, kita perlu meminum air berulang kali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas pada waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya. 

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang. 




 Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperoleh bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel.

Amalkan doa ini :

Doa Dilimpahkan Kesihatan ~>
Maksudnya:
Ya Allah sihatkanlah badanku, Ya Allah sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah sihatkanlah penglihatanku.

Sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya berkongsi sedikit mengenai sahabat saya iaitu  Alif di mana baru-baru ini beliau mendapat ujian Allah,  beliau disahkan menghidapi penyakit kencing tikus. Alhamdulillah, beliau sudah keluar daripada hospital dan mendapat jagaan kedua ibu bapa sekarang dirumahnya..Sesunguhnya kekuasaan itu hanya milik Allah. Kita juga milik Allah, orang yang kita sayang juga milik Allah dan semuanya akan kembali kepada yang satu apabila tiba masanya. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatanNya. Amin..

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment