Friday 22 June 2012

Pendakian di Bukit Malau

Assalamualaikum W.B.T...Bersyukur saya kerana masih berkesempatan menggunakan jari-jari kurniaan Allah ini untuk menterjemahkan apa yang bermain di kotak fikiran melalui penulisan. Semoga Allah S.W.T terus memberi ilham kepada saya untuk mengajak rakan-rakan yang lain bersama-sama dalam membuat kebaikan. Tidak cukup seseorang itu hanya ingin menjadikan dirinya baik dan meninggalkan orang lain yang terus melakukan kemungkaran. 

Belum Cuba Belum Tau, So Cuba dulu untuk tau...
Saya ingin berkongsi cerita mengenai pendakian saya bersama dengan warga Paragon ke Bukit Malau. Sudah lama rasanya kaki ini tidak membuat aktiviti lasak bersama-sama namun dengan izin Allah saya dan rakan-rakan menjejakkan kaki ke Bukit Malau. Langkah dimulakan dengan Bismillah dan memohon agar perjalanan pergi dan balik kami selamat, memohon agar Allah mempermudahkan urusan kami. Tepat jam 8 suku, pendakian kami ke Bukit Malau dimulakan. Akar yang kecil mampu menampung berat kami ketika kami memaut akar tersebut. Kami memohon pertolongannya. Hebatkan Kekuasaan Allah. Setiap benda yang diciptakannya pasti ada fungsi tertentu dan setiap benda yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. 

Dalam Surah Al-Hijr dari ayat 15-19, Allah berfirman : Dia menciptakan sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk dan Dia menciptakan tanda-tanda sebagai petunjuk. Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan apa-apa?. Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran. Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan. Sesungguhnya firman ini membuka mata saya bahawa nikmat yang Allah beri kepada kita terlalu banyak. Mengapa kita masih ingkar pada perintahNya? Adakah benar kata Dr Mahathir bahawa "Melayu itu mudah lupa"? Di sini, saya ingin mengajak diri saya sendiri dan sesiapa sahaja yang sudi membaca coretan ini supaya bersyukur dengan nikmat Allah. Nikmat Allah terlalu luas. Kita bermohon kepada Allah supaya sentiasa menjadikan kita hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Selagi kita masih hidup di dunia ini, selagi itu pintu taubat terbuka luas dan hanya orang yang bijaksana yang mampu menggapai peluang tersebut. Semoga kita tergolong dalam manusia yang bersyukur. 

Kaki terus melangkah dengan meniti jalan yang pelbagai liku, jalan berbatu, curam, dan berbagai laluan sempat kami tempuhi. Selain melihat Kekuasaan Allah, ukhuwah fillah turut terjalin. Semangat bekerjasama memang sikap warga Paragon. Tidak mementingkan diri sendiri adalah akhlak yang terpuji. Alhamdulillah, warga Paragon ada ciri-ciri tersebut. Walaupun kebanyakan dari warga Paragon yang berbagai kerenah dan gemar menyakat dan bergurau senda, sebenarnya itu yang menguatkan ikatan kami. Tidak ada perasaan marah sedikitpun jika salah seorang dari kami membuat kesilapan kerana ikatan yang terjalin adalah dengan izin Allah. Semoga Allah memelihara ikatan ini hingga ke SYURGA. 

Setelah dua jam pendakian dijalankan, alhamdulillah kami sampai ke tempat asal kami berkumpul semula dengan selamat. Bait-bait kata pak cik yang kami jumpa di akhir pertemuan, beliau telah memberi pesanan agar kami tidak lagi mendaki pada waktu pagi dan dalam kelompok yang kecil. Beliau menyarankan kami mendaki pada waktu petang jika ingin membuat pendakian lagi. Terima Kasih kepada pak cik tersebut kerana memberi nasihat kepada kami. Allah telah menggerakkan hati pak cik tersebut untuk memberi pesanan kepada kami dan saya yakin setiap pertemuan pasti ada hikmahnya.


Senyuman dari Warga Paragon

Dengan itu, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini. Semua yang baik hanyalah dari Allah dan yang buruk itu adalah dari hamba Allah yang hina ini. Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment