Friday 3 February 2012

Allah Maha Agung

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana pada hari ni Dia masih memberi kita ruang dan peluang untuk menghirup udara yag segar milikNya ini. Pada petang ini, saya ingin berkongsi dengan teman-teman yang saya sayang hanya kerana Allah S.W.T mengenai Allah adalah sebaik-baik perancang. 

Dalam hidup ini tidak semuanya indah, langit tidak selalunya cerah dan bukan semua yang kita mahukan akan kita perolehi. Kadang-kadang kita mengeluh dan kita akan berkata "Kenapa la nasib aku macam ni?", "Kenapa aku kena hadapi semua ni?" tetapi kita lupa bahawa di atas semua yang berlaku terhadap diri kita pasti ada hikmahnya. 

Kadang kala kita merancang sesuatu dengan penuh teliti, penuh berhati-hati. Dan saat itu, kita merasakan apa yang kita rancang pasti kita akan berjaya. Namun, hampir sahaja ianya menampakkan hasil,kita gagal. Di situ kita lupa, sehebat manapun kita merancang tetapi jika Allah tidak mengizinkannya ia pasti tidak berjaya. Kita haruslah sedar, Allah adalah sebaik-baik perancang. Dan hanya Allah yang bisa memandu hati-hati hambaNya ke arah jalan yang terbaik buat hambaNya. Kita juga jangan mudah berputus asa, jika kita temui kegagalan, kita tempuhi agar kita mencapai kejayaan. Orang yang berusaha, pasti akan mendapat hasilnya. 

Percayalah, Allah tidak menguji seseorang melebihi dari kemampuan hambaNya. Dan setiap perkara yang datang itu adalah dari Allah yang ditetapkan olehNya demi kebaikan hambaNya. Semoga kita sentiasa menerima setiap dari ketentuan Allah itu dengan redha.

No comments:

Post a Comment